Wednesday, July 15, 2015

Kempen Keselamatan Sempena Hari Raya Aidilfitri 'Pergi Selamat Balik Pun Selamat'


'Pergi Selamat Balik Pun Selamat'





Bermula di Dataran Bawah Shah Alam, Alhamdulillah, sambutan agak memuaskan oleh kerana terdapat ramai penunggang dan banyak motorsikal pada malam tersebut seolah2 menanti kedatangan Sagat Crew. cewaahhhh.... :-
















membawa ke Dataran Kuala Lumpur pula, suasana semakin rancak dengan gelagat ahli2 Sagat Crew sendiri yang menunggang motorsikal sendiri. Good Support juga dari public :-















p/s: Terima Kasih daun keladi, pandu selamat jiwa selamat ye ingat!!! haha

Salam Aidilfitri dari Sagat Crew Ladies Motorsports Club

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin


Salam semua sagatcrew, 
Disini admin wakil AJK Media 1 & 2 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. 
Pada yang jauh, yang dekat saling bermaaf-maafanlah sesama kita. Yang lepas biarkan berlalu.. 
0-0.. Islam itu indah dan menarik.


jom kira share sikit kata-kara ucapan manis dari beberapa ahli sagat crew sendiri :)



















p/s: Hati-hati memandu, makan tu ingat-ingatlah yang memerlukan.. heheh

Friday, July 10, 2015

24 Tips Asas Servis Kereta Wajib Tahu!


Sempena nak raya ni, jom kita check:-

Jangan mudah tertipu dengan mana-mana bengkel. Jangan tersilap langkah dengan menghantar kenderaan anda ke bengkel yang "cekik darah", pasti anda akan "disembelih" lantaran caj perkhidmatan yang tidak munasabah dengan kerosakkan sebenar.
Berikut adalah perkara-perkara asas tentang servis kereta yang biasanya dilakukan oleh sesetengah pengusaha bengkel baik pulih dan servis kenderaan kepada pelanggan yang kurang arif berkenaan dengan kerja-kerja penyelenggaraan:


Minyak hitam. Minyak hitam yang bukan sintetik – setiap 5,000 km atau 3 bulan whichever is earlierKalau yang sintetik – mungkin 7,500km atau 10,000km.

Filter. Sama seperti minyak enjin. Minyak biasa – 5000 km. Minyak Synthetic – 7500 km hingga 10000 km. Dalam erti kata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter).

Spark plug. 20,000 km ikut schedule maintenance book! Tapi boleh pakai sampai 30k-40k. Benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, electrode pun dah nipis, elok tukar. Harga sekitar RM20-25 untuk 4 biji.

Bateri kereta. 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan. Kalau kita selalu topup air suling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa topup dan selalu kering, 6 bulan pun bateri boleh kong! Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. Bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama. Kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yang lagi satu! Kalau kancil, biasanya pakai NS40 atau NS40L.


Timing belt. 60,000 km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000 km dan Honda CRV tahan sampai 160,000 km. Jadi timing belt biasanya ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, sampai 60,000 km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik sengeh!

Clutch plat. Clutch plate ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom “clutch slipping” berlaku sewaktu pemanduan kita. Ini perkara yang susah nak diterangkan, sebab tu mereka kata bila 100,000 km baru tukar clutch!

Fuel Filter. Tukar sekitar 40,000 km sekali. Murah, sekitar RM15-20.

Air Filter atau Penapis Udara. Yang ini di tukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah ditukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.

ATF (Automatic Transmission Fluid). Minyak ini memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual ada disebut setiap 20,000 km kena tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000 km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar. Jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yang besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yang disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 liter. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Caj hanya sekitar RM200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari RM100, ikut saiz kereta anda!

Gear Oil. Untuk mereka yang pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh tukar 60,000 km sekali.

Brake Fluid dan Power Steering Fluid. Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

Radiator Coolant. Sebotol RM8-RM15. Selalunya warna hijau! 60,000 km boleh la tukar sekali! Kalau air radiator warna clear je.. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

Air-Cond Belt/ Alternator Belt. Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ini. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti sama ada perlu ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ini letaknya diluar dan mudah dilihat. Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus, maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa ”3 bulan” “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelenggaraan atau “preventive maintenance”.

Preventive maintenance. Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alat ganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran. Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya “shock absorber” perlu diganti setiap 20,000 km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.



Minyak gear manual. Ditukar setiap 40,000 km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000 km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama – bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF – ditukar setiap 20,000 km. Sama macam di atas.
Flush. Kalau dalam buku takde kata – maka tidak perlu. Air filter pun sama – 20,000 km. Coolant – tukar tiap-tiap 20,000 km. Nak tukar tiap-tiap 50,000 km pun boleh dengan syarat guna air suling atau RO water. Timing belt – ditukar setiap 80,000 km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000 km (Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Gigi masih elok – tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.

Water pump. Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Katalah kita tukar timing belt setiap 80,000 km, maka apabila kita menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000 km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena buka timing belt. Jadi, kalau buat sekali, tiada extra labor charge.

Spark plug. Setiap 20,000 km. Atau selagi plastik kat tengah tu masih putih dan tiada kesan terbakar. Jadi, kena periksa spark plug. Kalau spark plug berminyak – engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kiramajor work jugak.

Head gasket. Tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. oRANG panggil ni top-overhaul.

Top overhaul. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000 km. Tapi ada juga yang 7-80,000 km/kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine.

Brake pad. Tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake – pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan, sebab biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yang lain.

Camshaft. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yang di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000 km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yang dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 60,000 km - 90,000 km.

pastu barulah kita happy nak balik kampung beraya.. pandu selamat jiwa selamat


Thursday, July 9, 2015

#DasyatKasihMojo

(kredit - myartis.com)

24 Mei 2015 (Ahad)
Rumah Al-Ikhlas, Lot 3530, Jalan Besar Batu 18, Kg. Pulau Meranti, 47100 Puchong, Selangor

Tahniah dan terima kasih pada semua ahli SagatCrew yang terlibat dan menjayakan lawatan ke rumah orang-orang tua al ikhlas bersama Prosat bergabung bersama Kumpulan Rock MOJO dengan tema nya #DasyatKasihMojo. Dengan hasil gabungan ini, majlis kebajikan ini telah berlangsung dengan jayanya dan telah membuat warga-warga al ikhlas sangat terharu.

Diketuai oleh Cik Idayu Khadari & Mia Danieal terlah Berjaya membawa bersama ahli-ahli sagat yang lain untuk turut serta dengan majlis kebajikan ini. Tiada yang tua, maka tiada jugalah yang tua.

Bermula dari Jam 9am – 12tghari – perjalanan bermula dari sesi menunggu, bersarapan, taklimat dan menjemput ahli2 Mojo.

12.30 – 1.45 – Tiba dan berada di rumah kebajikan Al-Ikhlas (artis beramah mesra dgn penghuni)

3.45 – Penutup, ucapan dan derma dari Prosat, Sagat dan Mojo untuk Rumah Kebajikan Al-Ikhlas

Antara Media yang turut Hadir:-
-          Utusan On9
-          Utusan Akhbar
-          Instar
-          Gila Kereta
-          HLive

Team Sagat Crew 


 
 Team Prosat

Mojo Band

 antara kenangan manis

Sesi Pemberian Derma Diwakili oleh Encik Edry Abdul Halim (Mojo)



antara cerita-cerita di ruangan lain :-

Akhir kata berterima kasih pada semua yang terlibat.