Thursday, November 12, 2015

Happy Birthday SagatCrew & Pelancaran Sagat Rider

Alhamdulillah.. tiada kata-kata mampu diucapkan lagi selain drpd syukur ke hadrat Ilahi diatas keizinanNya utk memberi kekuatan kepada Sagat Crew untuk meneruskan legasinya sehingga kini. 

24 Oktober adalah hari rasminya Sagat Rider yang bertempat di Dataran Merdeka.
Tertubuhnya Sagat Rider adalah satu lagi cabang pengukuhan Sagat Crew untuk masa akan datang dan support kaum hawa yang aktif di bidang permotoran… (saya ade motor gak.. tapi dekat kedai lagi.. kih kih kih)

Bagi jajahan lain sambutan kelahiran sagat crew di jalankan dengan pernuh sederhana dan meriah… sedap korang makan kan!! Haha.. Anyway, terima kasih kepada leader2 semua… anda terbaek!!

Aktiviti malam tersebut adalah seperti berikut :-
·         Bertukar-tukar Hadiah
·         Melekat Sticker Sagat Rider dan juga Sagat Crew
·         Acara Potong Kek
·         Acara wajib posing-posing bergambar

Sebelum melayan beberapa gambar, sekali lagi nak sebut… 
Selamat Datang SAGAT RIDERRRRR!!!

#makeitawesome #sagatridercun #sagatcrewpuncunjuga #keretadanmotorbergabung