Tuesday, January 19, 2016

Konvoi Sagat Rider yang Pertama

Konvoi Sagat Rider yang Pertama

Teluk Batik, Perak, 12 – 13 Disember 2015. 
Buat pertama kalinya baby Sagat Crew iaitu Sagat Rider telah memulakan langkah pertamanya dengan mengadakan sesi konvoi ke Teluk Batik, Perak.


Jadual Konvoi Teluk Batik

Tarikh: 12 Dec 2015
Tempat Berkumpul: R&R Rawang (berhampiran Petronas)
Waktu Bergerak: Jam 7.00am
Pitstop Pertama: Behrang (isi minyak)
Pitstop Kedua: Tol Sungkai (Sarapan dan isi minyak)
Pitstop seterusnya berhenti setiap 80km untuk isi minyak.
Waktu dijangka tiba: bergantung pada keadaan dan terus check in di rumah penginapan yang telah ditempah.

Ahli-ahli sagat yang terlibat adalah seramai 8-9 org dan diikuti dengan beberapa buah motorsikal. 


























ucapan Puan Presiden di Status FB nya:
"Aku macam x percaya anak2 buah sagat yg gedik2 dan ada yg lemah lembut mampu bertahan dalam hujan panas berkonvoi moto.. xde sorang pun nyugut x larat.. tido atas lantai xde bantal pun selamba.. baru aku kenal anak2 buah aku x perlu untuk meleper sana sini untuk jiwa kental. Bla bernama rider berpanas berhujan, tido berlapik bag beralas jaket perkara biasa..Tahniah Lia Keciq, Jula Zura, Ain Sabani, AmpanganSireh CikEmah, Siti Rahayu Kamali, Muszana Ana"

Anniversary Sagat Crew@Ladies ke-4 Motorsports Club di JB


Bismillah… Alhamdulilah. 
Selesai sudah majlis ulangtahun sagat crew yang ke 4. Di mana majlis telah berlangsung di Kota Johor Bahru, Johor pada 7 dan 8 November 2015. Selatan adalah negeri yg terpilih dan juga spot untuk Team Sagat Crew melangsungkan majlis ulangtahun kali ini.

Aturcara:-





Qaseh Yaya selaku leader Johor dan tuan rumah, telah menanti kedatangan warga Sagat Crew dari pelbagai region. Satu tugas yang agak berat baginya sebagai tuan rumah untuk ulangtahun kali ini. Tetapi beliau telah berjaya mengatasinya dengan cemerlang. Tahniah Qaseh Yaya SC 154. Tak lupa juga org kuat Sagat Crew yang kerja keras Lady Sitie yang telah buat ground work dari A to Z sehingga bermulanya hari konvoi. Thank You Lady Sitie dan juga Committee Sagat Crew yang lain yang terlibat secara langsung dan tak langsung.

Tidak habis di situ, acara kemuncak adalah di waktu malamnya. Bertempat di R&R Bistro, Majlis Makan Malam Ulangtahun Sagat Crew telah dijalankan. Di mulakan dengan ucapan Puan Presiden, seterusnya penghargaan demi penghargaan telah diberi kepada mereka yang layak dan banyak berjasa.

Penghargaan:-

  

 


Acara tak henti di situ, ada juga diselitkan cabutan bertuah (menyesalkan admin tak pergi..huhh!!!)

Tahniah pada:-
Siti Mahaniem Maslam
Wan Roslida Wan Hassan
Cik Norli
Sherrina Lydiawati Nurissabella Sam
PrincessNana Minato
Lia Keciq
Mawar Berduri
Zemma Lovato
Qaseh Yaya
dan Juga Idayu Khadari (hello fren, takkan xde share2 kot dgn i?? sentap!!)











 Selesai sahaja Makan Malam, agenda seterusnya adalah Gathering bersama 19 buah kelab permotoran yang bertempat di depan Jakel pada jam 10.30 malam. Sungguh meriah dan sporting antara semua ahli. Alhamdulillah. Terima kasih di atas kerjasama anda semua. 
Berikut adalah senarai beberapa buah kelab yang terlibat:-

  1. Southern Wheel Motorspots
  2. SLR (Saga Lone Ranger)
  3. S.G.G. JB Supporter
  4. Community Local CrewJB (CLCJB)
  5. Malaysia Libero Club (MLC)
  6. www.myviclub.my
  7. MWCM (My Wira Club Motorspot)
  8. Geng Terjah
  9. Gabungan Marshall Johor
  10. Komuniti Saga Malaysia
  11. F4B Community Malaysia
  12. Southern Stance Komuniti
  13. Wira Motorsport Club (WMC)
  14. Admin CCCJ
  15. ESJDT Evolution Southern Johor Darul Takzim
  16. Proton Saga Iswara Club
  17. Proton Satria Owner Club
  18. Pantera Motor Club (PMC)
  19. Malaysian Kaki Kereta Community 










Keesokkan harinya, Sagat Crew akan meninggalkan Selatan Tanahair untuk pulang ke kediaman masing-masing. TAPIIIIIII… mereka dah ada dalam agenda nak ke JPO, siap ada pengiring bagai. Ewah ewah ewah ewhhhhh... Nak shopping katanya… sakan kan masing-masing. Mana buah tangan admin??!!! Hahahaha.. emosi betul aku! Haha.. takpelah janji korang happy dan selamat kembali ke pangkuan masing-masing.


Terima Kasih dan tahniah sekali lagi. Ok now, lets layan gambaq2.. sakan masing2 bergambar.. tak posing bukan Sagat Crew namo ehh.. hahaha









p/s: enjoy :)