Thursday, June 23, 2016

Kempen Keselamatan Jalan Raya

Sempena menyambut Perayaan Hari Raya Aidilfitri ini, Memandangkan kita majoritinya akan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri maka kesedaran dan kefahaman tentang keselamatan jalan raya dan kepenggunaan kenderaan harian demi mengurangkan kemalangan jalan raya.
 


16 Tips Langkah Keselamatan Jalanraya Di Musim Perayaan

Setiap kali tiba musim perayaan, kadar kemalangan jalan raya dilaporkan terus meningkat. Terdapat pelbagai faktor berlakunya kemalangan jalan raya. Sebagai pengguna, kita hendaklah sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan sentiasa berhati-hati.

Berikut adalah langkah yang perlu diambil oleh setiap pemandu pada bila-bila masa:


1.      Rancang perjalanan anda. Jika berasa letih, mengantuk atau tidak tenteram, tangguhkan perjalanan.

2.      Ikut had laju yang ditentukan.

3.      Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

4.      Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning.

5.      Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat kerana ia sering menjadi punca kemalangan yang serius.

6.      Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak agak.

7.      Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.

8.      Elakkan mencelah di antara kenderaan.

9.      Memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik umpamanya brek , tayar , lampu dan sebagainya sebelum memulakan perjalanan.

10.  Berhenti untuk berehat seketika di tempat-tempat persinggahan yang disediakan jika terlalu letih dan mengantuk.

11.  Pasangkan kerusi keselamatan untuk penumpang bayi atau kanak-kanak.

12.  Pastikan kenderaan anda diservis terlebih dahulu.

13.  Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan di lorong kecemasan atau di bahu jalan, sila nyalakan lampu isyarat kecemasan.

14.  Didalam hujan lebat memandulah dengan perlahan, gunakan gear rendah dan nyalakanlah lampu kenderaan anda (jangan gunakan lampu isyarat kecemasan, lampu isyarat kecemasan adalah bagi kenderaan yang berhenti sahaja)

15.  Bagi yang beragama Islam seeloknya membaca doa naik kenderaan dan berwuduk sebelum memulakan perjalanan . Dengan cara ini akan menambahkan lagi keyakinan pemandu. Dengan berwuduk akan memberi kelebihan tubuh badan yang sihat , serta pemandangan yang jelas

16.  Bayangkan destinasi anda sebelum memulakan perjalanan dan insyaAllah anda akan tiba dengan selamatnya.


Thursday, June 16, 2016

PROGRAM AMAL RAMADHAN - Sagat Crew @ Ladies

PROGRAM AMAL RAMADHAN


Tarikh : 18 June 2016
Nilai Beras : RM30.00 (10kg)
Tempat : Mengikut Kawasan Leader
Masa : SERENTAK 1 MALAYSIA

- Zakat/Fidyah akan bermula pada 26 Mei 2016 sehingga 15 June 2016

- Pemberian Zakat/Fidyah hendaklah melalui
 'SITI KHURAISHAH BINTI KAMARUDDIN - Maybank Akaun : 1140 3937 0478' sebelum diberi kepada leader/wakil leader utk diagihkan kepada fakir miskin dan kurang bernasib baik. tarikh akhir adalah pada 15 June 2016.


- Pada yang ingin memberi Zakat/Fidyah anda HARUS komen di bawah seperti berikut :-

Tunai ZAKAT : saya (nama penuh) memberi zakat (RM) = (berapa kg beras) kepada sagat crew atas diri saya untuk diagihkan kepada fakir miskin dan yang kurang bernasib baik
Tunai FIDYAH : saya (nama penuh) membayar fidyah untuk (berapa hari tinggal puasa) sebanyak (RM) = (brapa kg beras) kepada sagat crew atas diri saya untuk diagihkan kepada fakir miskin dan yang kurang bernasib baik

Jika mempunyai keraguan atau kemusykilan boleh hubungi 
Lady Sitie terus di talian:- 012-653 1200.

NOTA : sebelum 'komen' PASTIKAN anda telah 'bank in' wang ke dalam akaun yang ditetapkan serta mohon inform selepas membuat pembayaran.
* take noted utk kwsn SENTRAL akan membuat agihan ke Kuala Selangor dan sewaktu dengannya.

sekian, terima kasih.

AJK Event 1 - SC016

cc : Jijah Ismail Moza Sagat Crew Muszana Ana Lovely Gurlz Cik Luna Idayu Khadari Norlinda Jamaludin Mia Danieal Dekna Story Irma Chenta Nor Hayati Sarimah Shaari Cty Norhidayah Sue Iman Nor Atiqah Abu Talib Iera Mansor Shaa Izzany Puan Muda Nana Minato Siti Mahaniem Maslam Qaseh Yaya Rosmawati Mohamed Fadillah Hj Ishak Imm DieyLa Lia Keciq Shidah Tugiman Nor Husna CikEmah Runner Cik Fathia Teha Rozieah Zie Zulaikha Jalaluddin Randy Lalola Mie Iza Mas Mona Mieyra Syakiela Miszz Wawa