Wednesday, June 25, 2014

AGM-Annual General Meeting 15 Jun 2014

Dari awal bulan Jun lagi SagatCrew dah di war-warkan mengenai AGM. Dengan susulan surat rasmi dari President, SagatCrew di jemput hadir ke mesyuarat tersebut. Pada mulanya SagatCrew ingin bermesyuarat di Sakura Kristal Taman Melawati ttp di atas sebab2 tertentu kami bermesyuarat di Wangsa Maju bertempat di NZ Curry House.
Bermula seawal 11 pagi, semua SagatCrew sudah mula berkumpul di lokasi dan mendapatkan tempat duduk dan sementara menunggu SagatCrew yg lain tiba kami beramah-mesra sesama ahli, ada yg makan ada yg ber'selfie' n sebagainya. Pada hari tersebut juga SagatCrew dapat berjumpa dengan ahli yg datang dari jauh seperti dr utara, selatan n pantai timur. terima kasih atas komitmen SagatCrew yg datang tak kira sama ada dari jauh atau dekat. double thumbs up untuk ahli SagatCrew yg datang dr jauh. kami hargainya. 


Pagi tu seorang ahli SagatCrew membawa rempeyek khas dr Melaka yg baru balik dr Honeymoon kan MasMona omeyy untuk kami mengalas perut sambil gossiping. Tidak berapa kemudian kami di hampiri oleh seorg lelaki yang menawarkan kami 3 botol kacang yg di jualnya untuk tambahan santapan kami pagi itu. terima kasih daun keladi, lain kali bagi banyak lagi yerrrrr.

Tidak beberapa lama kemudian juga kami memulakan mesyuarat AGM SagatCrew. Di mulakan dengan ucapan kata aluan dr President iaitu Jijah/Ann. Seterusnya perlantikan AJK dan Leader setiap Negeri. Selain itu kami ahli-ahli SagatCrew diberi lebih penjelasan mengenai hal pembaharuan ahli, perihal sticker dan tidak lupa juga syarat-syarat menjadi SagatCrew yg baik..ngeh ngeh ngeh... bg President isi lebih menekan kepada isu tatatertib. Begitu juga kepada AJK baru yg dilantik bagi tahun 2014/2015 ditekankan dgn syarat kelayakan menjadi AJK/Leader terbaik bagi memajukan lagi Kelab Sagat.

Tambahan ada juga penerangan mengenai sumbangan kelab kpd setiap ahli. Beberapa pembentangan untuk aktiviti tahunan juga di jelaskan kepada ahli drpd President kpd semua ahli. Di penghujungnya kesemua ahli Kelab Sagat di minta memberi cadangan untuk Kelab bagi memperbaiki Kelab secara keseluruhannya sambil berbincang beberapa perkara. Akhir sekali President kami memberi ucapan terakhir untuk menutupi majlis mesyuarat rasmi kami.


THIS IS US. SAGAT CREW
SISTERHOOD BONDING. LUV YA
TAK SAH LA KAMI KALU X BERGAMBAR. SYIOK SENDIRI.SELFIE.APA LAGI ORG NAK KATA KAMI X KESAHHH

Selepas bersurai dr mesyuarat perut pun lapar sudahh. Apa lagi kami pun menapak pergi ke restoren fastfood berhampiran iaitu KFC Wangsa Maju yg bertempat di sebelah je dr NZ. Hermm gengSagat semua tengoklah kami ahli SagatCrew bila melantak kepci yer.



Lepas habis makan kepci, SagatCrew terus ke Taman Layang-layang Kepong kerana seorg ahli SagatCrew menyertai pertandingan kereta tercantik utk kategori Hello Kitty anjuran Persatuan Autoshow Malaysia. President dan seorg SagatCrew pula ke rumah salah seorg ahli yg baru shj melahirkan seorg bayi yg chumelll. Kebetulan pd ptg itu juga seorg ahli SagatCrew yg dr awal pagi sudah berada di Dataran KL sempena Hari Kedah dengan tidak sengaja bertemu dengan seorg SagatCrew sentral yg baru lepas menziarahi saudara di Hospital dan apa lagi...... tt la kitaorg memasing.
TGK LA VIDEO BAWAH NI DI MANA SEORG SAGAT CREW MENDAPAT TEMPAT PERTAMA DLM KATEGORI HELLO KITTY n TT harem sagatCrew ngan KKL

Ucapan Tahniah dan Terima Kasih sekali lagi kepada semua ahli yg berjaya menghadirkan diri pada AGM pd kali ini. Tidak lupa sekalung Tahniah kpd AJK dan Leader Negeri yg dilantik secara rasmi pd hari tersebut. Marilah kita memikul tanggungjawab dan kepercayaan yg diberikan oleh Kelab kpd kita semua dengan sebaik mungkin demi memartabatkan Kelab Wanita di dalam sukan permotoran iaitu SagatCrew ke arah perjuangan yg lebih mencabar dan bersama-sama menaikkan nama Kelab Sagat. Tidak lupa kpd individu-individu, kelab-kelab kereta yang lain atau sesiapa sahaja yg menyokong kami. Terima Kasih gengSagat semua.
NEXT WE WILL REVEAL OUR AJK N LEADER FOR 2014/2015
XOXO sc
Manis Menawan Muhibbah

Monday, June 2, 2014

Pemasangan CERMIN GELAP pada kenderaan

Hi semua SagatCrew n gengSagat. Baru2 ni duk hangat la kita duk dgr sal roadblock yg kebanyakkannya mncari pesalah yg memasang tinted gelap yg tidak menepati syarat. Soal ini biarlah kita serahkan pd pihak bkuasa sepenuhnya ya. D bawah ni nak bcerita sket lah sal Cermin Gelap. Sedikit info utk gengSagat.





Ukurun cermin gelap yg dbenarkan d bwh peruntukan undang2:-
     Peruntukan Kaedah 5(1) dan 5(2) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991:
          tahap ketelusan cahaya bagi cermin hadapan kenderaan (windscreen) hendaklah melebihi 70% manakala bagi cermin sisi dan belakang kenderaan hendaklah melebihi 50%

Siapakah yg dbenarkan mnggunakan cermin gelap?
  • DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong
Contoh adalah kereta kepunyaan Tengku Sulaiman (Putra5)
  • Duli Yang Maha Mulia Raja sesuatu Negeri
  • Pemangku Raja sesuatu Negeri
  • Pembesar Memerintah Negeri bg Negeri Sembilan
  • Bakal Raja sesuatu Negeri
  • Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri
  • Hakim Mahkamah Agung atau Mahkamah Tinggi
  • Pegawai Polis atau pegawai tentera sebagaimana yg dinyatakan masing2nya oleh Ketua Polis Negara atau Ketua Turus Angkatan Tentera.
So tepuk dada tanya kita ni sapa..hehe. hanya org2 tertentu n kenamaan shj yg d benarkan. sebenarnya org biasa cam kita pun leh tinted gelap n ada syarat n prosuder utk mintak kelulusan ber'tinted' gelap mcm kenamaan d atas tp kena baca smpai hbes entri ni sbb last2 nnt baru SagatCrew gtau cmne yer.
Kenapa terdapat kedai aksesori kenderaan mnawarkan pmsangan cermin gelap dan tdapat kedai bkenaan yg mdakwa telah mdapat kelulusan JPJ?
  • adanya pmintaan drpd org awam
  • kemasukan knderaan import yg dpasang siap dgn cermin gelap


Denda yg akan dkenakan sekiranya memasang cermin gelap yg tidak mmatuhi peraturan:
  1. kesalahan pertama adalah tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara tidak melebihi 2 minggu
  2. kesalahn ke2 dan seterusnya adalah tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua2nya.

Proses pemeriksaan yg dlakukan oleh anggota penguat kuasa JPJ ke atas kenderaan yg mnggunakan cermin gelap:

  1. Penguat kuasa JPJ akan menahan kenderaan tsebut
  2. Mngukur tahap ketelusan cahaya dgn mnggunakan alat pengukur khas
  3. Skiranya gagal mematuhi tahap ketelusan cahaya yg dtetapkan, anggota penguatkuasa JPJ akan mngeluarkan notis PG1, iaitu Notis Larangan Pnggunaan Kenderaan Motor dan mngeluarkn saman kpd pmandu pemilik serta merta
  4. Pemilik dberi tempoh 10 hari utk mnukar keadaan cermin dan dminta hadir d mana2 JPJ utk pemeriksaan semula
  5. Kegagalan mematuhi Notis PG1 dan kegagalan menyelesaikan saman dlm tempoh masa yg dtetapkan akan mngakibatkan kereta disenaraihitamkan
OK Amacam boleh terima tak. so next SagatCrew nak gtau pasal pengecualian bagi penggunaan cermin gelap.
Di bwh peruntukan Kaedah 11(c) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991, YB Menteri m'pertimbangkan p'gunaan cermin gelap yg dmohon atas sebab2 kesihatan dan keselamatan pemohon. Tujuan krn m'punyai masalah kesihatan, pemohon boleh mngemukakan p'mohonan kpd Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia utk kelulusan YB Menteri Pengangkutan




PENGECUALIAN KHAS PEMASANGAN CERMIN GELAP
     Pemasangan kaca gelap dberikan kpd org t'tentu sj sprt d bwh kaedah 11(a) dan 11(b),Kaedah-Kaedah Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Terntu) 1991.
     Mana-mana org yg tidak t'masuk dlm kaedah 11(a) dan 11(b) yg m'hadapi masalah kesihatan kulit t'dedah atau dgn ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas bg pemasangan khas utk pemasangan cermin gelap.
CARA MEMOHON
     Permohonan hendaklah dbuat m'gunakan Borang CG1 yg boleh ddapati drpd Ibu Pejabat JPJ di Putrajaya. Semua p'mohonan perlu dsertakan dgn dokumen berikut:-
  1. Salinan kad pengenalan yg telah dsahkan.
  2. Surat pengesahan drpd Pegawai Perubatan Kerajaan, t'masuk rekod Perubatan yg terkini.
  3. Bagi permohonan utk keselamatan, sertakan dokumen sokongan.
KELULUSAN
     Semua p'mohonan akan dpertimbangkan dan akan dkemukan kpd Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan utk persetujuan. Selepas itu akan dbawa kpd YB. Menteri Pengangkutan utk kelulusan.
TEMPOH
     Tempoh kelulusan penggunaan cermin gelap adalah satu tahun sj dan perlu dperbaharui.

Inilah serba sedikit info atau entri kali ni utk kita berkongsi bersama. jika ada mana2 perkara yg tersalah sebut sila betulkan dan silalah memberi komen yg memberangsangkan. Jadi ingatlah syarat yg telah dtetapkan.


XOXO sc


Friday, May 16, 2014

PENGENALAN CREW 2014

Assalamualaikum n salam sejahtera uols. Setelah sekian lama blog ini mnyepi apa kata kami SagatCrew nak kenalkan kpd gengSagat sume ahli2 or lebih mesranya d panggil SagatCrew yg masih hot 2014 utk entry kali ni. 

Pembuka tirai 2014 SagatCrew adalah keahlian dr


Mulan-SC125 dr Puchong n jenteranya adalah Saga FLX biru. Org nye kecik molek n ada bt business Photobooth utk any event

Adeq Wira-SC126 dr Gombak yg memandu jentera Wira Aeroback. omey owangnya n kalo bercakap ha...suara dia kita dengar kuat tau..(he..gurau je tau adeq) n the best thing is Adeq Wira ada bukak spa..haaa SagatCrew dah banyak bt appoinment ngan adeq utk memanjakan diri gitew (diskaun diskaun diskaunnnn)

Zura-SC127 bekerja ngan tentera udara. memiliki kereta Vios n manis orangnya

Ikin-SC128 dr Klang n keje pun kat MPK. ha..tayar kat seblah dia tu dia juai tau..sape nak beli tyre bleh la ngan SagatCrew sorg ni. ikin juga banyak mengikuti arena permotoran dlm bidang drift


Awin-SC129 mai dr utara nun. ni geng si Ida bintang la ni. awin ni nurse..tp xtau la spital mana. nnt kita riki2 na

Nur-SC130 atau nama panggilan Jaja yer dr Melaka.memiliki jentera Satria

Fatini-SC131 juga dr Selatan. Fatini aktif di dalam facebook geng sagat. geng2 sagat sesila la bertandang lam facebook group kami 'geng sagat'

Shaa-SC132 gak dr Selatan Malaysia n seperti mana geng nampak haa tu kete kesayangan dia wane putih tu Viva


Shida-SC133 sempoi baq angpa dr Tangjung Malim Perak. sapa gengSagat ka crew ka d sekitar kawasan nya halu2 la dia

Fydah-SC134 dr Subang Jaya menyertai Sagat Crew pd bulan Februari 

Hanna-SC135 seterusnya bg ahli bln Februari dr Kuala Lumpur

Idayu-SC136 pula dr Shah Alam n memandu kereta jenis Gen2. Idayu dan juga Fydah up sticker pd mlm yg sama d mana Sagat Crew berTT bersama kelab HAVOC pd 8 Februari d Sani Char Kuew Tiaw Tasik Titiwangsa


Apai-SC137 membawa kereta Satria. ha..dgr kata kete dia 'prrannggg'. Apai ni skali tgk mcm model n Apai dr Bangi

Wani-SC138 jauh nun dr Pahang. hr up sticker dia dtg nun dr Pahang turun KL. semoga kita akan lebih rapat walaupun jauh (la ni kan mcm2, wassap leh wechat leh apatah lg facebook)

Linda-SC139 from KeyEll uols. Dia ni keje kat Lewre. apa2 ttg fesyen leh la ngan Linda. Cantikkan

Shakila-SC140 ni juga nurse mcm Awin. memiliki kereta Wira n agak cute juga dia ni. hehe


Kak Wan-SC141 SagatCrew panggil 'kak' Wan (uols paham2 sndri la kenapa eh). Kak Wan ni boss besar wooo..kete pun nak besarrr woo..badan pun hmm bleh tahan (gurau ye Kak). Kak Wan satu2nya ahli membawa jentera MPV. Makk aihhh..sonok woo nek kete Kak Wan sbb penah dengar testimoni dr SagatCrew yg kete K.wan bhgian bawah kaki ada aircond...hehehe...

Irma-SC142 yg muka ala2 ayu n gadis2 gitew. Irma bawak Neo. Cantik kete Irma kan sape setuju like ah

Mawar-SC143 nama secantik tuannya bawak MyVi kale itam. pertama kali berTT d Shah Alam dengan sume SagatCrew d Restoran UpinIpin Shah Alam n up sticker d tengah2 mlm d tengah2 dataran bawah Shah Alam bsama geng ViosZeroSeven

Hasma-SC144 dr Utara n kami dr crew central menunggu n mengalu2kan kedatangan Hasma utk ketemu lagi ramai SagatCrew


Liz-SC145 crew dr Selatan negeri Johor memandu Wira

Emma-SC146 juga dr selatan ttp dr Negeri Nine (9)

Ummy-SC147 ni gak sama cam Emma dr N.9 n jentera Perodua Viva

Fisz-SC148 adik kita sorg ni pula dr Perak n mengenali Sagat dr salah seorg supporter gengSagat dr Tanjung Malim. bawak Gen2 kale orenn


Atiqah-SC149 dr Pahang..hmmm bila SagatCrew central nak ketemu SagatCrew dr timur kan. moga2 d permudahkan satu hari nnt

Elmeera-SC150 wahh nama mcm kereta Nissan Almera giteww dr N.9 SagatCrew selatanz

Harlina-SC151 memacu pacuan BMW n siap book no 151 lg sbb no fav katanya. Lina dr Seri Kembangan n chinese look orgnya n peminat Pandora ni

Haniey-SC152 dr Selangor si cantik manis. dia up sticker kat Sg.Buloh d mana crew Sg.Buloh turut serta turun bsama President


Za-SC153 ni utara mai gakk. geng Ida niii. bertentang mata ngan SagatCrew bt petama kali masa TT d Shah Alam bebaru ni. tq dtg dr jauh na

Qaseh Yaya-SC154 yaaaaaa dr Johore

Yaty-SC155 suka buat apam2 comel yg dia akan upload kat wassap group pastu buat kitaorg terliur. btw mmg sedap apam yg d buat olehnya berinti mcm2, coklat,blueberry,kaya n apa lg tah lupa

Zana-SC156 ni geng Sg. Buloh n memiliki kereta Perodua Viva n nampak senyapp je orgnya


Syud-SC157 kereta dia ada sticker yg cute mcm orgnya. student Unisel n kami bertemu d dataran Shah Alam n kelihatan baik orgnya n mcm x duk diam sket. ekekeke (gurau je ehh, jgn mare). dpt sticker trus lekat keesokkan harinya. terbaekk

Alin Ling-SC158 from Sg.Buloh Selangor. trademark #tol

Dieyla-SC159 dr Ganu deh SagatCrew sore nim n mempunyai jentera Persona

Biey-SC160 tokey jeruk dr Puchong. tersembur air liur kalo dibuatnya iklan jerukz2 ngan kuah cicah (tertelan air liur ku ketika ini). ha...SagatCrew ni ramai meniaga ni tengok. mcm2


Awal Anjelda-SC161 crew dr KeyEll bsama dengan dia tu adalah keretanya iaitu Saga n ahli the latest one lah buat masa ni bsma SC162

Nadiah-SC162 ni geng President dr Sg. Buloh ni baru je up sticker ritu kat Shah Alam di dlm ujan rintik2 kecik pd Wiranya. muka persis model (mmg model pun kan) idung terletak

So guys n girls kami dr SagatCrew amat mengalu2kan lebih ramai lagi wanita yg bermotokar menyertai kami bagi kita sama2 berkongsi dlm minat yg sama iaitu dunia permotoran tidak kira siapa apa usia latarbelakang dan sebagainya.

kepada gengSagat kami SagatCrew berterima kasih kerana terus menyokong Sagat dan nak buat iklan sket. Supporter gengSagat leh dapatkan sticker 'geng sagat' pd harga RM5 n tampal la pd jentera anda n marilah kita menjalinkan ukhwah n silaturrahim sesama kitew yerw.

last but not least..sesila la komen utk kami mengetahui cadangan anda n feedback anda or atau apa2 saja yg boleh kami tahu dr gengSagat ataupun dr SagatCrew sendiri bg memperbaiki blog ini atau apa2 sekalipun.

XOXO sc