Dari awal bulan Jun lagi SagatCrew dah di war-warkan mengenai AGM. Dengan susulan surat rasmi dari President, SagatCrew di jemput hadir ke mesyuarat tersebut. Pada mulanya SagatCrew ingin bermesyuarat di Sakura Kristal Taman Melawati ttp di atas sebab2 tertentu kami bermesyuarat di Wangsa Maju bertempat di NZ Curry House.
Bermula seawal 11 pagi, semua SagatCrew sudah mula berkumpul di lokasi dan mendapatkan tempat duduk dan sementara menunggu SagatCrew yg lain tiba kami beramah-mesra sesama ahli, ada yg makan ada yg ber'selfie' n sebagainya. Pada hari tersebut juga SagatCrew dapat berjumpa dengan ahli yg datang dari jauh seperti dr utara, selatan n pantai timur. terima kasih atas komitmen SagatCrew yg datang tak kira sama ada dari jauh atau dekat. double thumbs up untuk ahli SagatCrew yg datang dr jauh. kami hargainya.
Pagi tu seorang ahli SagatCrew membawa rempeyek khas dr Melaka yg baru balik dr Honeymoon kan MasMona omeyy untuk kami mengalas perut sambil gossiping. Tidak berapa kemudian kami di hampiri oleh seorg lelaki yang menawarkan kami 3 botol kacang yg di jualnya untuk tambahan santapan kami pagi itu. terima kasih daun keladi, lain kali bagi banyak lagi yerrrrr.
Tidak beberapa lama kemudian juga kami memulakan mesyuarat AGM SagatCrew. Di mulakan dengan ucapan kata aluan dr President iaitu Jijah/Ann. Seterusnya perlantikan AJK dan Leader setiap Negeri. Selain itu kami ahli-ahli SagatCrew diberi lebih penjelasan mengenai hal pembaharuan ahli, perihal sticker dan tidak lupa juga syarat-syarat menjadi SagatCrew yg baik..ngeh ngeh ngeh... bg President isi lebih menekan kepada isu tatatertib. Begitu juga kepada AJK baru yg dilantik bagi tahun 2014/2015 ditekankan dgn syarat kelayakan menjadi AJK/Leader terbaik bagi memajukan lagi Kelab Sagat.
Tambahan ada juga penerangan mengenai sumbangan kelab kpd setiap ahli. Beberapa pembentangan untuk aktiviti tahunan juga di jelaskan kepada ahli drpd President kpd semua ahli. Di penghujungnya kesemua ahli Kelab Sagat di minta memberi cadangan untuk Kelab bagi memperbaiki Kelab secara keseluruhannya sambil berbincang beberapa perkara. Akhir sekali President kami memberi ucapan terakhir untuk menutupi majlis mesyuarat rasmi kami.
THIS IS US. SAGAT CREW |
SISTERHOOD BONDING. LUV YA |
TAK SAH LA KAMI KALU X BERGAMBAR. SYIOK SENDIRI.SELFIE.APA LAGI ORG NAK KATA KAMI X KESAHHH |
Selepas bersurai dr mesyuarat perut pun lapar sudahh. Apa lagi kami pun menapak pergi ke restoren fastfood berhampiran iaitu KFC Wangsa Maju yg bertempat di sebelah je dr NZ. Hermm gengSagat semua tengoklah kami ahli SagatCrew bila melantak kepci yer.
Lepas habis makan kepci, SagatCrew terus ke Taman Layang-layang Kepong kerana seorg ahli SagatCrew menyertai pertandingan kereta tercantik utk kategori Hello Kitty anjuran Persatuan Autoshow Malaysia. President dan seorg SagatCrew pula ke rumah salah seorg ahli yg baru shj melahirkan seorg bayi yg chumelll. Kebetulan pd ptg itu juga seorg ahli SagatCrew yg dr awal pagi sudah berada di Dataran KL sempena Hari Kedah dengan tidak sengaja bertemu dengan seorg SagatCrew sentral yg baru lepas menziarahi saudara di Hospital dan apa lagi...... tt la kitaorg memasing.
TGK LA VIDEO BAWAH NI DI MANA SEORG SAGAT CREW MENDAPAT TEMPAT PERTAMA DLM KATEGORI HELLO KITTY n TT harem sagatCrew ngan KKL
Ucapan Tahniah dan Terima Kasih sekali lagi kepada semua ahli yg berjaya menghadirkan diri pada AGM pd kali ini. Tidak lupa sekalung Tahniah kpd AJK dan Leader Negeri yg dilantik secara rasmi pd hari tersebut. Marilah kita memikul tanggungjawab dan kepercayaan yg diberikan oleh Kelab kpd kita semua dengan sebaik mungkin demi memartabatkan Kelab Wanita di dalam sukan permotoran iaitu SagatCrew ke arah perjuangan yg lebih mencabar dan bersama-sama menaikkan nama Kelab Sagat. Tidak lupa kpd individu-individu, kelab-kelab kereta yang lain atau sesiapa sahaja yg menyokong kami. Terima Kasih gengSagat semua.
NEXT WE WILL REVEAL OUR AJK N LEADER FOR 2014/2015 |
XOXO sc
Manis Menawan Muhibbah