Friday, October 12, 2018

TT GABUNGAN S.P.M.C WIBC & SAGAT


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA RAKAN2 SEPERJUANGAN SUKAN PERMOTORAN MALAYSIA
TT GABUNGAN S.P.M.C WIBC & SAGAT
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2018 (SABTU)
MASA : 08.30 MALAM
TEMPAT : PERKARANGAN PARKING GIANT, SEK 13 SHAH ALAM, SELANGOR

OBJEKTIF TT :-
MERAPATKAN LAGI SILATURAHIM ANTARA CLUB DAN KOMUNITI YG SEDIA ADA

DIJEMPUT SEMUA RAKAN2 SUKAN PERMOTORAN TANAH AIR BAGI MEMERIAHKAN SERTA MENGERATKAN SILATURRAHIM SESAMA KITA DALAM USAHA MENYOKONG JENTERA BUATAN MALAYSIA

Wednesday, July 4, 2018

Syed Saddiq Dilantik Sebagai Menteri Belia Dan Sukan


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengangkat sumpah di Istana Negara hari ini sebagai Menteri Belia dan Sukan sekaligus mencipta sejarah sebagai menteri yang paling muda dalam kalangan jemaah Menteri di Malaysia.

Menteri yang paling muda di dunia ialah Shamma Al Mazrui ketika dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan UAE pada usia 22 tahun.

Syed Saddiq yang berusia 26 tahun akan memegang portfolio yang berkaitan hal-hal belia dan sukan di Malaysia bagi menggantikan menteri sebelum ini, YB Khairy Jamaluddin.

Siapakah sebenarnya Syed Saddiq?
Beliau merupakan pendebat terbaik asia ketika mewakili Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dalam kejohanan Debat Bersatu Asia (UADC) di Bali.

Kebijaksanaan dan kepetahan beliau dalam berhujah memberikan pendapat dikagumi ramai serta dianggap sebagai ikon anak muda pada generasi kini.

Syed Saddiq mempunyai kelulusan dalam bidang undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan pernah ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran peringkat Master di universiti terkemuka dunia, Universiti Oxford.

Tahniah diucapkan buat Syed Saddiq diatas perlantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baru. Diharap dengan perlantikan ini prestasi sukan negara termasuk industri e-sukan akan semakin meningkat serta mendapat berjaya mendapat perhatian dunia.

Wednesday, May 16, 2018

Selamat Berpuasa - Mari Membaca - Rancang Wang





ORANG yang berhutang tidak diampunkan dosanya oleh Allah. Islam menitikberatkan dalam soal memberi, menerima dan membayar hutang kerana ia berhubung kait dengan hubungan sesama manusia ketika di dunia dan di akhirat kelak.  

Firman Allah bermaksud: "Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan." (Surah al-Maidah, ayat 2)
Jika kita lihat hari ini, pemberi hutang pula yang segan untuk mengingati si penghutang daripada membayar hutangnya.

Pada waktu yang sama, Islam menggalakkan umatnya untuk membantu dan memberi pertolongan sesama mereka apabila dalam kesusahan, dari segi pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang untuk meringankan beban mereka yang sedang dihadapi, terutama dalam memenuhi keperluan asasi hidup.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia." (Surah al-Hadid, ayat 18)


Banyak yang Islam sebut pasal hutang.

Dalam al-Quran, ayat yang paling panjang adalah mengenai hutang. Al-Baqarah, 282.
Hadis-hadis pun banyak, antaranya:

1. Allah swt bantu orang yang bersungguh-sungguh nak langsaikan hutang
"Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya."
Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari.
MasyaAllah.

Allah swt tahu kita kurang mampu maka sebab itu kita berhutang. Dan dengan niat berhutang nak bayar balik, Allah swt mudahkan jalan rezeki kita. Tapi siapa berniat nak lari dari bayar hutang, makin susah hidup.

2. Zalim jika mampu bayar, tapi melambat-lambatkannya
"Penangguhan bayar hutang oleh orang yang mampu adalah satu kezaliman"
Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari

Sekiranya kita mampu, bayarlah hutang tersebut secepat mungkin. Adalah satu kezaliman kita menangguhkan membayar hutang sedangkan kita ada duit.

3. Pahala mati syahid pun tergantung
"Allah swt mengampunkan dosa orang yang mati Syahid kecuali hutang"
Direkodkan oleh Imam Muslim

Kita tahu pahala mati syahid ini besar. Terus masuk syurga. Tapi ia dapat terhalang dengan hutang. Nau’zubillah.

4. Orang berhutang kuat menipu
"Ketika ditanya kenapa selalu berdoa minta perlindungan dari berhutang, Baginda saw pun menjawab, orang yang berhutang ini apabila dia bercakap dia menipu, apabila dia berjanji, dia mungkir."

Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari
Kita sepatutnnya berjumpa dengan orang yang kita berhutang, baik dengan bank, kawan atau saudara mara, jika kita betul-betul tak mampu bayar hutang. Bukannya lari. Tutup telefon. Buat-buat tak kenal. Islam tak ajar begitu.

5. Hidup tak tenang hidup banyak hutang
"Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari."
Hadis direkodkan oleh Imam Baihaqi

Ini yang menyebabkan rumahtangga bergoncang. Anak-anak menjadi mangsa. Sebab kita terlalu runsing akibat berhutang.
.
Setiap sesuatu itu ada jalan keluarnya.
Masih belum terlambat untuk membaiki situasi kewangan kita. Mulakan dengan betul-betul berazam untuk membayar hutang. Hubungi semula bank, individu-individu yang kita ada hutang dengan mereka dan mula membayar hutang walaupun sedikit. Allah swt pasti memudahkan jalan untuk kita.

Saturday, October 14, 2017

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SAGATCREW@LADIES MOTORSPORTS KALI KE 6


Tarikh: 05 Ogos 2017
Masa: 8.00mlm – 10.00mlm
Tempat: D’Apple Café & Restaurant, Kota Damansara.


Bismillahirrahmanirrahim pembuka bicara. Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada Allah SWT diatas keizinanNya, AGM pada kali ini telah berjalan dengan lancar, teratur dan ceria sekali. Terima kasih juga pada mereka-mereka dari jauh dari region Utara, Selatan, Pantai Timur dsb.

Acara yang bermula pada jam 8.00mlm dan berakhir pada 10.30mlm, telah merangkumkan segala permasalahan dari awal hingga akhir bagi sesi 2016/2017 dan presiden benar-benar berharap AJK/Leader bagi sesi 2017/2018 boleh memberi kerjasama dan boleh menarik minat ahli-ahli baru yang ingin terlibat dengan SagatCrew terutamanya Wanita.

Antara rumusan agenda yang berlangsung adalah seperti berikut:

-          Pengesahan Kedatangan
-          Ucapan Presiden
-          Pembubaran AJK/Leaders 2016/2017
-          Perlantikan AJK-AJK & Leader-Leader baru bagi tahun
 2017/2018
-          Perbincangan beberapa event besar SagatCrew
-          Penerangan Pembaharuan Ahli
-          Pelekat Kenderaan
-          Disiplin @ Tatatertib
-          Syarat-syarat bagi melayakkan AJK/Leader terpilih menjadi wakil
 terbaik
-          Sumbangan Kelab (Syarat-syarat)
-          Jamuan Raya
-          Ulangtahunan SagatCrew
-          Penutup


Berikut Adalah Senarai Penuh bagi AJK Baru 2017/2018:      

Presiden - Norazizah Binti Ismail
Setiausaha - Rosmaini Binti Zaimi
Bendahari  - Muzana   
Admin - Nursamsiyah Zahri
Tatatertib (AJK Induk 1)    - Idayu Khadari
-  Media 1(AJK Induk 2)        - Aida Mustapha
-  Media 2 (AJK Kecil 2)        - Scha Ahmad
-  Sukan 1 (AJK Induk 3)        - Wana Wut Wut III
-  Sukan 2 (AJK Kecil 3)         - Maria Stella
-  Event 1 (AJK Induk 4)        - Lady Sitie
-  Event 2 (AJK Kecil 4)         - Sherry Maizura
-  Kebajikan 1 (AJK Induk 5)  - Norlinda Jamaludin
-  Kebajikan 2 (AJK Kecil 5)   - Suria Erina  

Perlantikan Leader bagi setiap Region:-
-          Leader Kedah            - Ida Bintang
-          Leader Penang           - Ida Bintang
-          Leader Perak Utara   - Fisz Yesha
-          Leader Perak Selatan - Azizah Ismail
-          Leader Terengganu    - Nor Hidayu
-          Leader Pahang Barat  - Mia Danieal
-          Leader Pahang Timur  - Nor Atiqah Abu Talib
-          Leader N9                 - Myrina Iena
-          Leader Melaka           - Puan Nana Minato
-          Leader Johor Selatan - Hanija Ahmad
-          Leader Johor Utara    - Zarina Rina
-          Leader KL                  - Shakila Azizan
-          Leader Putrajaya        - Jula Zura
-          Leader Selangor         - Rahayu Kamali




Mesyuarat juga menyelitkan juga ruangan cabutan bertuah untuk ahli-ahli yang hadir. Admin antara yang bertuah la.. haha.. sesungguhnya mesyuarat agung pada kali ini memang meriah, "sempoi bak ang" (orang utara kata).

Untuk sambutan ulangtahun pada tahun ini, Mesyuarat sebulat suara memilih:-
Utara iaitu Penang/Kedah pada 22 - 24 Dec 2017

let's kita layan gambar wanita-wanita luar biasa sagatcrew ini sepanjang majlis berlangsung:-











 





































 

terima kasih kepada semua yang hadir.
#manis #menawan #muhibah