Wednesday, July 4, 2018

Syed Saddiq Dilantik Sebagai Menteri Belia Dan Sukan


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengangkat sumpah di Istana Negara hari ini sebagai Menteri Belia dan Sukan sekaligus mencipta sejarah sebagai menteri yang paling muda dalam kalangan jemaah Menteri di Malaysia.

Menteri yang paling muda di dunia ialah Shamma Al Mazrui ketika dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan UAE pada usia 22 tahun.

Syed Saddiq yang berusia 26 tahun akan memegang portfolio yang berkaitan hal-hal belia dan sukan di Malaysia bagi menggantikan menteri sebelum ini, YB Khairy Jamaluddin.

Siapakah sebenarnya Syed Saddiq?
Beliau merupakan pendebat terbaik asia ketika mewakili Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dalam kejohanan Debat Bersatu Asia (UADC) di Bali.

Kebijaksanaan dan kepetahan beliau dalam berhujah memberikan pendapat dikagumi ramai serta dianggap sebagai ikon anak muda pada generasi kini.

Syed Saddiq mempunyai kelulusan dalam bidang undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan pernah ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran peringkat Master di universiti terkemuka dunia, Universiti Oxford.

Tahniah diucapkan buat Syed Saddiq diatas perlantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baru. Diharap dengan perlantikan ini prestasi sukan negara termasuk industri e-sukan akan semakin meningkat serta mendapat berjaya mendapat perhatian dunia.

No comments :

Post a Comment

Jom Geng Sagat Komen-Komen di sini, Komen yang baik-baik je tau :D