Saturday, March 16, 2013

1Million Women Purple Walk

Assalamualaikum semua sagat crew, seperti yang sedia maklum, Karnival 1 Million Women  Purple Walk sempena Hari Wanita Sedunia terpaksa ditangguhkan kerana kes yang berasa di Lahad Datu, Sabah. Bagaimanapun, karnival anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diadakan pada Ahad ini di Dataran Putrajaya. (Tarikh dibawah)

Program itu akan menghimpunkan sejuta wanita bagi menunjukkan solidariti kaum hawa dalam menyokong usaha kerajaan dalam memperkasakan wanita Malaysia dan kami sebagai ahli SaGaT CreW juga akan mengikuti karnival tersebut.

Tarikh: 17 Mac 2013

Tempat: Dataran Putrajaya

Masa: 7 Pagi

Beberapa agensi kerajaan juga akan turut serta bagi membuka peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat dan peluang khususnya berkaitan perbangunan perniagaan.

SaGaT CreW juga telah membuka gerai yang bertentangan Bangunan KBS, kami akan menjual cenderahati SaGaT CreW, Baju Suppoter SaGaT, Mug SagaT, Pen SaGaT, Botol air SaGaT, Topi SaGat, dan Sticker. Kami juga menyediakan borang untuk kaum hawa yang mempunyai kereta untuk menyertai ahli SaGaT CreW, untuk maklumat tentang borang ahli, anda boleh hubungi Presiden SaGaT, Ann: 017-6766620.

Untuk maklumat lanjut dan penyertaan Karnival 1Million Women Purple Walk 2013, sila hubungi Urusetia Penglibatan Peserta (KDN) di +03-8886 8246/8638/8224/8255.

No comments :

Post a Comment

Jom Geng Sagat Komen-Komen di sini, Komen yang baik-baik je tau :D