Monday, June 2, 2014

Pemasangan CERMIN GELAP pada kenderaan

Hi semua SagatCrew n gengSagat. Baru2 ni duk hangat la kita duk dgr sal roadblock yg kebanyakkannya mncari pesalah yg memasang tinted gelap yg tidak menepati syarat. Soal ini biarlah kita serahkan pd pihak bkuasa sepenuhnya ya. D bawah ni nak bcerita sket lah sal Cermin Gelap. Sedikit info utk gengSagat.





Ukurun cermin gelap yg dbenarkan d bwh peruntukan undang2:-
     Peruntukan Kaedah 5(1) dan 5(2) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991:
          tahap ketelusan cahaya bagi cermin hadapan kenderaan (windscreen) hendaklah melebihi 70% manakala bagi cermin sisi dan belakang kenderaan hendaklah melebihi 50%

Siapakah yg dbenarkan mnggunakan cermin gelap?
  • DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong
Contoh adalah kereta kepunyaan Tengku Sulaiman (Putra5)
  • Duli Yang Maha Mulia Raja sesuatu Negeri
  • Pemangku Raja sesuatu Negeri
  • Pembesar Memerintah Negeri bg Negeri Sembilan
  • Bakal Raja sesuatu Negeri
  • Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri
  • Hakim Mahkamah Agung atau Mahkamah Tinggi
  • Pegawai Polis atau pegawai tentera sebagaimana yg dinyatakan masing2nya oleh Ketua Polis Negara atau Ketua Turus Angkatan Tentera.
So tepuk dada tanya kita ni sapa..hehe. hanya org2 tertentu n kenamaan shj yg d benarkan. sebenarnya org biasa cam kita pun leh tinted gelap n ada syarat n prosuder utk mintak kelulusan ber'tinted' gelap mcm kenamaan d atas tp kena baca smpai hbes entri ni sbb last2 nnt baru SagatCrew gtau cmne yer.
Kenapa terdapat kedai aksesori kenderaan mnawarkan pmsangan cermin gelap dan tdapat kedai bkenaan yg mdakwa telah mdapat kelulusan JPJ?
  • adanya pmintaan drpd org awam
  • kemasukan knderaan import yg dpasang siap dgn cermin gelap


Denda yg akan dkenakan sekiranya memasang cermin gelap yg tidak mmatuhi peraturan:
  1. kesalahan pertama adalah tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara tidak melebihi 2 minggu
  2. kesalahn ke2 dan seterusnya adalah tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua2nya.

Proses pemeriksaan yg dlakukan oleh anggota penguat kuasa JPJ ke atas kenderaan yg mnggunakan cermin gelap:

  1. Penguat kuasa JPJ akan menahan kenderaan tsebut
  2. Mngukur tahap ketelusan cahaya dgn mnggunakan alat pengukur khas
  3. Skiranya gagal mematuhi tahap ketelusan cahaya yg dtetapkan, anggota penguatkuasa JPJ akan mngeluarkan notis PG1, iaitu Notis Larangan Pnggunaan Kenderaan Motor dan mngeluarkn saman kpd pmandu pemilik serta merta
  4. Pemilik dberi tempoh 10 hari utk mnukar keadaan cermin dan dminta hadir d mana2 JPJ utk pemeriksaan semula
  5. Kegagalan mematuhi Notis PG1 dan kegagalan menyelesaikan saman dlm tempoh masa yg dtetapkan akan mngakibatkan kereta disenaraihitamkan
OK Amacam boleh terima tak. so next SagatCrew nak gtau pasal pengecualian bagi penggunaan cermin gelap.
Di bwh peruntukan Kaedah 11(c) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991, YB Menteri m'pertimbangkan p'gunaan cermin gelap yg dmohon atas sebab2 kesihatan dan keselamatan pemohon. Tujuan krn m'punyai masalah kesihatan, pemohon boleh mngemukakan p'mohonan kpd Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia utk kelulusan YB Menteri Pengangkutan




PENGECUALIAN KHAS PEMASANGAN CERMIN GELAP
     Pemasangan kaca gelap dberikan kpd org t'tentu sj sprt d bwh kaedah 11(a) dan 11(b),Kaedah-Kaedah Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Terntu) 1991.
     Mana-mana org yg tidak t'masuk dlm kaedah 11(a) dan 11(b) yg m'hadapi masalah kesihatan kulit t'dedah atau dgn ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas bg pemasangan khas utk pemasangan cermin gelap.
CARA MEMOHON
     Permohonan hendaklah dbuat m'gunakan Borang CG1 yg boleh ddapati drpd Ibu Pejabat JPJ di Putrajaya. Semua p'mohonan perlu dsertakan dgn dokumen berikut:-
  1. Salinan kad pengenalan yg telah dsahkan.
  2. Surat pengesahan drpd Pegawai Perubatan Kerajaan, t'masuk rekod Perubatan yg terkini.
  3. Bagi permohonan utk keselamatan, sertakan dokumen sokongan.
KELULUSAN
     Semua p'mohonan akan dpertimbangkan dan akan dkemukan kpd Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan utk persetujuan. Selepas itu akan dbawa kpd YB. Menteri Pengangkutan utk kelulusan.
TEMPOH
     Tempoh kelulusan penggunaan cermin gelap adalah satu tahun sj dan perlu dperbaharui.

Inilah serba sedikit info atau entri kali ni utk kita berkongsi bersama. jika ada mana2 perkara yg tersalah sebut sila betulkan dan silalah memberi komen yg memberangsangkan. Jadi ingatlah syarat yg telah dtetapkan.


XOXO sc


4 comments :

Jom Geng Sagat Komen-Komen di sini, Komen yang baik-baik je tau :D