Sempena nak raya ni, jom kita check:-
Jangan mudah tertipu
dengan mana-mana bengkel. Jangan tersilap langkah dengan menghantar kenderaan
anda ke bengkel yang "cekik darah", pasti anda akan
"disembelih" lantaran caj perkhidmatan yang tidak munasabah dengan
kerosakkan sebenar.
Berikut adalah perkara-perkara asas tentang servis kereta yang biasanya
dilakukan oleh sesetengah pengusaha bengkel baik pulih dan servis kenderaan
kepada pelanggan yang kurang arif berkenaan dengan kerja-kerja penyelenggaraan:
Minyak hitam. Minyak hitam yang bukan sintetik – setiap 5,000 km
atau 3 bulan whichever is earlier. Kalau yang sintetik – mungkin 7,500km atau 10,000km.
Filter. Sama seperti minyak enjin. Minyak biasa – 5000 km. Minyak
Synthetic – 7500 km hingga 10000 km. Dalam erti kata lain, bila tukar minyak
enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter).
Spark plug. 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi boleh pakai sampai 30k-40k. Benda ni bukan critical sangat!
Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, electrode pun dah nipis,
elok tukar. Harga sekitar RM20-25 untuk 4 biji.
Bateri kereta. 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara
penggunaan. Kalau kita selalu topup air suling tu, ianya boleh
tahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa topup dan selalu
kering, 6 bulan pun bateri boleh kong! Bateri yang baik biasanya
lebih berat dari bateri yang kurang baik. Bandingkan bateri tersebut dalam
kategori yang sama. Kalau NS50 tu anda kena compare dengan
NS50 dari jenama yang lagi satu! Kalau kancil, biasanya pakai NS40 atau NS40L.
Timing belt. 60,000 km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh
tahan sampai 90,000 km dan Honda CRV tahan sampai 160,000 km. Jadi timing
belt biasanya ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, sampai 60,000
km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik sengeh!
Clutch plat. Clutch plate ialah perkara subjektif. Biasanya ikut
pengalaman, hanya tukar bila ada simptom “clutch slipping” berlaku
sewaktu pemanduan kita. Ini perkara yang susah nak diterangkan, sebab tu mereka
kata bila 100,000 km baru tukar clutch!
Fuel Filter. Tukar sekitar 40,000 km sekali. Murah, sekitar
RM15-20.
Air Filter atau Penapis Udara. Yang ini di tukar setiap 20,000 km.
Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah
ditukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.
ATF (Automatic Transmission Fluid). Minyak ini memang penting bagi
yang pakai AUTO. Dalam manual ada disebut setiap 20,000 km kena tukar. Tapi
boleh la extend hingga 30,000 km kepada mereka yang nak jimat.
Minyak ni memang penting ditukar. Jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih
dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu
perbelanjaan yang besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission
Flush seperti yang disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission
Flush boleh pergi sampai 7-9 liter. Ini membazir untuk kita, tapi
bukan pada pihak yang bikin servis. Caj hanya sekitar RM200++.
Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari
RM100, ikut saiz kereta anda!
Gear Oil. Untuk mereka yang pakai manual gearbox.
Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil.
Benda ni boleh tukar 60,000 km sekali.
Brake Fluid dan Power Steering Fluid. Kalau rajin boleh flush keluar
ganti baru setiap 60,000 km.
Radiator Coolant. Sebotol RM8-RM15. Selalunya warna hijau! 60,000
km boleh la tukar sekali! Kalau air radiator warna clear je.. Maknanya air paip
biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak
mudah mendidih!
Air-Cond Belt/ Alternator Belt. Belt-belt ni perlu ditukar sama
waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis
sebelum-sebelum ini. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti sama
ada perlu ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ini letaknya diluar dan
mudah dilihat. Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus, maka
eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru
nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance
schedule yang ikut “km” atau masa ”3 bulan” “6 bulan” dan seterusnya
ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelenggaraan atau “preventive
maintenance”.
Preventive maintenance. Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum
tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni
mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa
akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive
Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit
sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alat ganti tu perlu ditukar.
Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran. Contohnya- kalau kita buta-buta ikut
apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya “shock absorber”
perlu diganti setiap 20,000 km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda
perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.
Minyak gear manual. Ditukar setiap 40,000 km untuk kereta baru
(kurang 5 tahun), setiap 20,000 km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear
shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama – bubuh gearbox
treatment. Minyak gear ATF – ditukar setiap 20,000 km. Sama macam di atas.
Flush. Kalau dalam buku takde kata – maka tidak perlu. Air filter
pun sama – 20,000 km. Coolant – tukar tiap-tiap 20,000 km. Nak tukar tiap-tiap
50,000 km pun boleh dengan syarat guna air suling atau RO water. Timing belt –
ditukar setiap 80,000 km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000 km (Wira 1.6xli)
tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing
belt keretanya. Gigi masih elok – tak perlu tukar. Aircond
belt, altrnator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt atau
apabila nampak crack.
Water pump. Ditukar apabila menukar timing belt untuk
kali ke-2. Katalah kita tukar timing belt setiap 80,000 km,
maka apabila kita menukar timing belt untuk kali kedua pada
160,000 km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun
hampir tiba. Nak tukar water pump kena buka timing
belt. Jadi, kalau buat sekali, tiada extra labor charge.
Spark plug. Setiap 20,000 km. Atau selagi plastik kat tengah tu
masih putih dan tiada kesan terbakar. Jadi, kena periksa spark plug.
Kalau spark plug berminyak – engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab
piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus
i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kiramajor work jugak.
Head gasket. Tukar apabila minyak leaking kat area tu.
Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown
head gasket. Buat grind valve sekali. oRANG panggil ni top-overhaul.
Top overhaul. Biasanya top overhaul tidak
diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000 km. Tapi ada juga yang
7-80,000 km/kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka
lenjan engine.
Brake pad. Tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit.
Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake – pun sama. Anyway brake
belakang tahan lebih lama dari brake depan, sebab biasanya double.
Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana
ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke
pengeluar yang lain.
Camshaft. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft
yang di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing
belt pada setiap 100,000 km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi
Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih
panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt
yang dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah
dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 60,000 km - 90,000
km.
pastu barulah kita happy nak balik kampung beraya.. pandu selamat jiwa selamat
No comments :
Post a Comment
Jom Geng Sagat Komen-Komen di sini, Komen yang baik-baik je tau :D