Thursday, September 3, 2015

Al-Kisah Sagat Crew di Suzuka Drift Challenge & Suzuka RC Drift Challenge 2015

Salam ayu dan manis dari Jepun.. eh.. hehe.. mood gembira masih terasa (bak kata Cik Presiden). Alhamdulillah pertama sekali di ucapkan kepada Allah SWT Maha Pencipta Maha Pemurah yang memberi kemudahan dan laluan untuk Sagat Crew menjadi partner organiser bagi event Suzuka Drift Challenge 2015.

Kami datang sebagai menyahut cabaran dan kami pulang meninggalkan nama yang boleh dibanggakan di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, sebagai bukti kemampuan wanita2 di dalam Sagat Crew.

Perjalanan seawal 3.00petang di ketuai oleh Cik Presiden Jijah Ismail, Cik Mia, Cik Mulan dan Suria Erina kemudian diikuti oleh Lia Keciq, Muszana, Jula Zura, Irma Chenta, Ida Bintang, Fisz Yesha II, Nor Hayati, Aseta Cayang. Tiba di Pulau Pinang jam 9.00 malam. Terus serbu Restoran Nasi Kandar Dinas Batu Kawan.. lapaq katanya.. haha.

Keesokkkan bermulalah hari paling sibuk untuk Sagat Crew. Menjadi direct seller pun ada, jaga makan pun ada, masing2 ada kerja sendiri. Semua beri komitmen yang bagus. 

Tahniah pada pemenang, PWC (Proton Wira Malaysia) for The Best Supporter Geng Utara Gathering 2015 and Best Car Club 1st dan juga MUCC dan POC (Proton Owner Community) for The Best Car Club 2nd and 3rd placed.
 


 



Jutaan Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan event Geng Utara Gathering 2015 (30 ogos 2015) di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

Antara yang terlibat:-
#GengSagat  #PWC  #VZS  #PSIC  @EMC
#GEN2UNITED  #PROSANK  #WOC  #PPC  #WACM
#YOSATO  #GABUNGAN_PREVE_UTARA  #SNCC  #POC
#MPOC  #WOCM  #CMC  #RPC  #PEM  #PREVE_PANTHERZ
#G2N  #PROTOCOL

Terima kasih kepada event management –Loyai Hanizam  #Loyai 72 Event, yang banyak beri tunjuk ajar.
Terima Kasih juga kepada penaja #Gardenia Supporter
Terima Kasih #SahabatPermotoranPulauPinang (SP3)
#Preve_Pantherz yang menaja makan tengahari
#Fisz Yesha II sebagai sponsor untuk cabutan bertuah
#MalayaAutoCulture (MAC) jiran sebelah kami

Dan terutama sekali Ahli-ahli Sagat Crew yang terlibat semasa di sana dan juga di Central. Tanpa doa dan sokongan anda pasti event ni tidak akan menjadi. Mohon ahli-ahli Sagat Crew Utara mengekalkan dan mampu menaikkan lagi nama SagatCrewLadies@Motorsport. Andai ada terkurang dari pihak kami, ampun maaf di pinta dan kami akan cuba perbaiki jika ada event akan datang. 

p/s: terima kasih semua

1 comment :

Jom Geng Sagat Komen-Komen di sini, Komen yang baik-baik je tau :D