Thursday, January 12, 2017

"TEAM SAGAT KEPULAUAN" ANNIVERSARY KE 5 SAGAT 2016

"TEAM SAGAT KEPULAUAN" ANNIVERSARY KE 5 SAGAT 2016


Assalamu'alaikum

Event kali ni kita adakan di Pulau Pangkor, nak ambil mood romantika de amour tepi pantai katanya.. kellass kan team sagat kali ni.. lokasi tersebut di pilih berdasarkan tempat-tempat yang telah dijelajahi. Dalam masa yang sama, kita juga membuat TT santai teramai yang melibatkan beberapa buah kelab kereta mahupun motosikal. Sijil juga telah disampaikan sendiri oleh Puan Presiden kita iaitu Azizah Ismail (Jijah anak pak Mail). 

Berikut adalah jadual sepanjang berlangsungnya event kali ini:-

JADUAL PERJALANAN KE PANGKOR 
07/10/2016 (JUMAAT)

07.30pg - MEETPOINT 1
(R&R Rawang Arah Utara)
- Berkumpul/Taklimat Ringkas
- Isi Minyak (Full Tank)
- Agihan Gift 
- Makan/Minum 


8.30pg - KONVOI BERGERAK 
12.30tghr - MEETPOINT 2
(NASI BAMBOO SUNGKAI)
- Berehat Sebentar 
- Makan/Minum 


2.00ptg - KONVOI BERGERAK 


4.00ptg - Tiba Terminal Jeti
- Parking Kereta (RM10/Day)
- Naik Feri (Pintu Ke 2 Jeti Pangkor)
- Naik Van (Ke Homestay)
PALMA BEACH RESORT


6.00ptg - Homestay 
- Berehat
- Petang (SC Sediakan)


8.30mlm - Makan Malam (SC Sediakan) 


9.00mlm - Aktiviti Bebas
- Pasar Malam (Teluk Nipah)
- Lepak-lepak Ditepi Pantai



08/10/2016 (SABTU)

8.30pg - Breakfast (SC Sediakan)
10.00pg - Aktiviti Pantai
(Jika ada yg berminat utk hopping 
island/game/snowkeling boleh wat bayaran
sebanyak RM55/Pax - Aktiviti ini spai petang)


1.00ptg - Lunch Time (SC Sediakan)
- Aktiviti Bebas 
- Aktiviti Pantai


4.30ptg - Minum Petang (SC Sediakan)
- Ronda ronda Pulau (Sewa Motor)


8.00mlm - Makan Malam (SC Sediakan)
- Tepian Pantai
- Ucapan Ringkas Dari Presiden


09/10/2016 (AHAD)

8.00pg - Breakfast (SC Sediakan)
- Bersiap utk Check Out
- Tunggu Van ke Jeti


10.30pg - Terminal Jeti Pangkor 


12.00tghr - Ambil Kereta ke Dataran Lumut


1.00ptg - Lunch (Restoran Ikan Bakar Lumut
- Dataran Lumut
- Inter TT
- Ucapan ringkas dari semua kelab-kelab
- Pemberian Sijil / Hamper 


5.00ptg - KONVOI BERGERAK KE KL


[nota ringkas dari puan presiden (unsur-unsur peringatan dan dengki pun ada gak tu.. hahaha)]
P/S : berpakaian mood santai tepi pantai, x perlu bwk almari turun naik feri yea, selipar tu pentg ia memudahkan... harap sangat korg sandarkan bagpack saje lebih senang dan mudah pergerakkan kita JANGAN berluggage bagai bkn xleh tapi agak leceh utk turun naik feri tu... hehehe~

jgn bg aku nmpk TED... klu ada sblm spai R&R aku humbankan... take noted!!! beware...

sekian.


Nak tergelak baca.. moh kita layan gambar ahli-ahli yang join event kali ini. (admin jeles)






 

Ini dia antara muka org kuat sagat yg menjayakan untuk TT di teluk batik semalam Sagat Crew dan Sagat Rider bersama :-

1. Geng Geng Community (GGC)
2. Penjuru Community
3. BBS Addicted Community (BBS)
4. Manjung Viva Community (MVC)
5. Uncle Project
6. Waja Club (WC)
7. Waja Malaysia Club (WMC)
8. Waja Performance Club of Malaysia (WPCM)
9. Waja Perak Owner Club (WPOC)
10. Prime Perdana Club (PPC)
11. Gen2 Unite
12. Wira Owner Car Club (WOCC)
Dan di bantu juga oleh wakil2 dr club2 terlibat. .





















Jom Balikkkkkk... hehhee 

Ini dia ajk terbaik 2015/2016.. tugas dia sebagai ajk kebajikan memang nak nampak kerana dia bergerak di belakang ahli2.. 
sejak memegang jawatan tidak pernah sekali pun dia tertinggal apa yg perlu di laku kan. Kebajikan ahli mmg akan dia perhatikan. 
Malah jika bantuan di dlm kerja2 amalSagat Crew dan Sagat Rider dia lah sll penderma atau penyumbang utama. 
Tapi pemberian nya sll umpama tangan kanan memberi tp tangan kiri pun tidak tahu.. Dan beliau juga salah sorang pengedar barang2 kecantikan berjaya. 
Aku perkenalkan ajk terbaik 2015/2016 Norlinda Jamaludin. Ahli sagat ini juga seorang yg lowered kikiki. . 
 
Hehehe sbb dia ada sekali dgn aku mlm nie.. dia tgh buat muka pun aku up jgk..
mai laaa aku perkenalkan leader Sagat Crew terbaik tahun 2015/2016.. 
Kerja dia mmg AAA.. selalu memudahkan kerja aku dn td lagi sekali walau sudah tidak memegang jawtan leader dia masih sebok membantu.. 
ini dia leader terbaik 2015/2016. . Lia Keciq. 



******************************************************
Apa yang boleh dikatakan kita bangga dengan event kali ini serta kelab-kelab yang sudi menjayakan TT Santai bersama Sagat Crew. 
Terima kasih daun kelabi ubi bawang kentang semuanyalah.. love u olss..
ada rezeki In Sya Allah kita jumpa di dalam perancangan yang lain pula..
See you in 2017. wassalam..

p/s: 2017 banyak event menanti tau... tungguuuu... hehehe..

No comments :

Post a Comment

Jom Geng Sagat Komen-Komen di sini, Komen yang baik-baik je tau :D