Saturday, October 14, 2017

TTS SAGAT CREW / SAGAT RIDER DAN R25M KUALA LUMPUR


TTS SAGAT CREW / SAGAT RIDER DAN R25M KUALA LUMPUR

Tarikh : 07 Oktober 2017 (Sabtu)
Masa : 09.00 Malam
Tempat : Faiz De Corner, Medan Selera MPS, Selayang, Selangor.


Crew serta supporter juga dijemput hadir bagi memeriahkan lagi tts kali ini.

Ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan TTS bersama Sagat Crew | Sagat Rider | R25M Kuala Lumpur | 484 Motorsport. 

Semoga jalinan ukhuwah kita terus kekal berpanjangan. InsyaAllah. Aminnn.








  

                                           Manis, Menawan, Muhibbah


Mini Bowling Tournament 2K17



Kali ini sagatcrew dijemput untuk menyertai Mini Bowling Tournament anjuran Unite Car Owner Community. Bowling Tournament 2K17 Unite Car Owner Community Cup Anjuran U.C.O.C. Antara yang kelab yang terlibat adalah U.C.O.C, Sagat Crew dan Proton Saga Iswara Club.
Venue : Megalanes Endah Parade
Masa : 9.00mlm


Sagatcrew menghantar 2 kumpulan terdiri daripada:-

Kumpulan pertama:-
1 - Cty Hidayah
2- Ain
3 - Ayu Khadari
4 - Yasmin

Kumpulan Kedua:-
1 - Sam
2 - Zura
3 - Lynn
4 - Jijah (president power bab2 tangan ni... eh!!!)

Syukur Alhamdulillah kita tak balik tangan kosong tau. 


 
















p/s: sagat bersukan you olls

T-Shirt Keluaran Khas - Edisi Cemerlang Sagat Crew @ Ladies Motorsport

Baju ini keluaran khas untuk mereka-mereka yg mejalankan tugas sebagai Leader atau AJK dan Ahli Terbaik, dan juga mereka yg membuat sejarah tersendiri juga di beri sebagai galakkan. Walau cuma sehelai baju, semoga ia dapat membakar lagi semangat kita selepas ini..


Tiada pilih kasih didalam hal ini. ia di beri dari pemerhatian Puan Presiden sendiri siapa yang menjalankan tugas mereka. Bukan undian atau pilih kasih.

Baju ini akan di jual juga nanti. tunggu queen2 ni peraga dahulu.. 
mereka diberi laluan dahulu kerana telah menjalankan tugas dengan cemerlang dan menjadi yang terbaik.


Ini dia nama2 yg tersenarai untuk penerimaan baju ini..

1. Lovely Gurlz SU
2. Nursamsiyah Zahri ADMIN
3. Norlinda Jamaludin AJK
4. Sherrina Lydiawati Sam LEADER
5. Idayu Khadari KHAS
6. Zulaikha Jalaluddin LEADER
7. Nor Atiqah Abu Talib LEADER
8. Aida Mustapha AJK
9. Wana Wut Wut III AJK
10. Lady Sitie AJK
11. Dekna Story LEADER
12. Ceah Sharriff LEADER
13. Mia Danieal AHLI TERBAIK KL
14. Lia Keciq AHLI TERBAIK KL
15. Yasmin Nadhirah AHLI TERBAIK SELANGOR
16. Amanda Amani AHLI TERBAIK PAHANG TIMUR
17. Iza Mie ALHI TERBAIK PAHANG BARAT
18. Muszana Ana BENDAHARI
19. Maria Stella BLOG dlm sagat.

p/s: dari wall sagatcrew



Wednesday, June 7, 2017

Program Amal Ramadhan 1438H / 2017M


Aktiviti Ramadan SagatCrew Kembali lagi... jom kita baca sedikit info dan share dari cik Lady Sitie kita nih:-

INFO FIDYAH
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.
HUKUM FIDYAH
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

KADAR FIDYAH
Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Nilai fidyah bagi satu hari tidak berpuasa boleh dikira berdasarkan nilai Zakat Fitrah yang telah ditetapkan.

Zakat Fitrah bagi seorang ialah bersamaan 1 gantang Baghdad iaitu 2.7 kilogram.
Fidyah bagi satu hari ialah 1 cupak beras iaitu 675 gram.
Bermakna, kadar fidyah ialah ¼ daripada kadar fitrah pada tahun tersebut.
Oleh yang demikian, jika kadar Zakat Fitrah ialah RM7.00, secara langsung kadar Fidyah ialah RM1.75 atau RM1.80 (1/4 X RM7.00).
TAKSIRAN FIDYAH
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah (cupak)
2. Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)
*Tahun gandaan bermaksud bilangan tahun puasa itu telah ditinggalkan tolak satu tahun kerana tahun pertama adalah tahun dibenarkan mengganti puasa. Hanya setelah tiba Ramadan berikut jika masih tidak berganti, barulah fidyah dikenaka

Contoh :
Tidak berpuasa kerana haid pada Ramadan 1436H (2014) dan puasa ini masih belum berganti sehingga 1438H (2016).
Maka tahun gandaan ialah 1438H – 1436H – 1 = 1 TAHUN, ini adalah kerana dari Syawal 1436H hingga Syaaban 1437H hinggalah tempoh satu tahun yang diperintahkan untuk mengganti puasa.
================================================
SIAPAKAH YANG DIKENAKAN FIDYAH ?

Uzur menunaikan puasa wajib terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Fidyah dikenakan pada tahun Ramadan yang sama.
30 hari X RM1.80 = RM54.00
Wanita hamil yang tidak berpuasa kerana bimbang keselamatan bayi dalam kandungan.
Tidak berpuasa kerana bimbang akan keselamatan bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Jika telah tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah lagi kerana lewat menggantikan puasa.
Contoh :
Sepanjang kehamilan anaknya, Puan Rina tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan pada tahun itu selama 7 hari. Beliau bimbang keadaan bayi yang dikandungnya. Maka sebaik sahaja Ramadan, Puan Rina dikenakan fidyah pada kadar :

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
7 hari X RM1.80 = RM12.60
Jika Puan Rina DAPAT MENGGANTIKAN PUASA TERSEBUT SEBELUM RAMADAN BERIKUTNYA, maka TIADA FIDYAH dikenakan ke atas Puan Rina.
Tetapi, jika Puan Rina TIDAK MAMPU MENGGANTIKAN PUASA HINGGA TIBA RAMADAN BERIKUTNYA, maka dia DIKENAKAN FIDYAH sehinggalah dia menggantikan puasa tersebut. Katakanlah, Puan Rina hanya dapat menggantikan pusa tersebut 4 tahun kemudian, maka fidyahnya dikira :
Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)
7 hari X (4 Tahun – 1 Tahun) X RM1.80 = RM37.80 (FIDYAH)
Wanita hamil yang tidak berpuasa kerana bimbang keselamatan (kesihatan) dirinya hendaklah menggantikan puasa. Jika masih tidak diganti sehingga tiba Ramadan berikutnya barulah fidyah dikenakan kerana lewat menggantikan puasa.
Contoh :
Puan Maria tidak mampu berpuasa selama 10 hari pada bulan Ramadan kerana mengalami alahan teruk semasa mengandungkan bayinya. Keadaan bayi adalah sihat, Cuma kesihatan beliau yang terganggu. Hanya setelah 3 tahun barulah Puan Maria dapat menggantikan puasa tersebut.

Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)
10 hari X (3 Tahun – 1 Tahun) X RM1.80 = RM36.00 (FIDYAH)
Ibu yang menyusukan Anak
Tidak berpuasa kerana merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Golongan ini dikenakan membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Jika telah tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah kerana lewat menggantikan puasa.
Contoh :
Puan Hani mempunyai bayi yang baru berusia 3 bulan dan menyusu penuh. Sepanjang bulan Ramadan, beliau tidak mampu berpuasa selama 15 hari kerana kekurangan susu. Beliau hanya mampu menggantikan puasa ini selepas 2 tahun. Fidyah yang dikenakan ke atas Puan Hani sebaik sahaja habis Ramadan pada tahun itu ialah :

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
15 hari X RM1.80 = RM27.00
Fidyah yang dikenakan kepada Puan Hani kerana lewat menggantikan puasa ialah :
Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)
Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

SELAMAT BERAMAL 
SELAMAT BERPUASA
SELAMAT MENUNAIKAN FIDYAH/ZAKAT FITRAH 
ALLAH SELAMATKAN KAMU SEMUA... AAMIN~


AJK Event 1- SC016


Thursday, January 12, 2017

"TEAM SAGAT KEPULAUAN" ANNIVERSARY KE 5 SAGAT 2016

"TEAM SAGAT KEPULAUAN" ANNIVERSARY KE 5 SAGAT 2016


Assalamu'alaikum

Event kali ni kita adakan di Pulau Pangkor, nak ambil mood romantika de amour tepi pantai katanya.. kellass kan team sagat kali ni.. lokasi tersebut di pilih berdasarkan tempat-tempat yang telah dijelajahi. Dalam masa yang sama, kita juga membuat TT santai teramai yang melibatkan beberapa buah kelab kereta mahupun motosikal. Sijil juga telah disampaikan sendiri oleh Puan Presiden kita iaitu Azizah Ismail (Jijah anak pak Mail). 

Berikut adalah jadual sepanjang berlangsungnya event kali ini:-

JADUAL PERJALANAN KE PANGKOR 
07/10/2016 (JUMAAT)

07.30pg - MEETPOINT 1
(R&R Rawang Arah Utara)
- Berkumpul/Taklimat Ringkas
- Isi Minyak (Full Tank)
- Agihan Gift 
- Makan/Minum 


8.30pg - KONVOI BERGERAK 
12.30tghr - MEETPOINT 2
(NASI BAMBOO SUNGKAI)
- Berehat Sebentar 
- Makan/Minum 


2.00ptg - KONVOI BERGERAK 


4.00ptg - Tiba Terminal Jeti
- Parking Kereta (RM10/Day)
- Naik Feri (Pintu Ke 2 Jeti Pangkor)
- Naik Van (Ke Homestay)
PALMA BEACH RESORT


6.00ptg - Homestay 
- Berehat
- Petang (SC Sediakan)


8.30mlm - Makan Malam (SC Sediakan) 


9.00mlm - Aktiviti Bebas
- Pasar Malam (Teluk Nipah)
- Lepak-lepak Ditepi Pantai



08/10/2016 (SABTU)

8.30pg - Breakfast (SC Sediakan)
10.00pg - Aktiviti Pantai
(Jika ada yg berminat utk hopping 
island/game/snowkeling boleh wat bayaran
sebanyak RM55/Pax - Aktiviti ini spai petang)


1.00ptg - Lunch Time (SC Sediakan)
- Aktiviti Bebas 
- Aktiviti Pantai


4.30ptg - Minum Petang (SC Sediakan)
- Ronda ronda Pulau (Sewa Motor)


8.00mlm - Makan Malam (SC Sediakan)
- Tepian Pantai
- Ucapan Ringkas Dari Presiden


09/10/2016 (AHAD)

8.00pg - Breakfast (SC Sediakan)
- Bersiap utk Check Out
- Tunggu Van ke Jeti


10.30pg - Terminal Jeti Pangkor 


12.00tghr - Ambil Kereta ke Dataran Lumut


1.00ptg - Lunch (Restoran Ikan Bakar Lumut
- Dataran Lumut
- Inter TT
- Ucapan ringkas dari semua kelab-kelab
- Pemberian Sijil / Hamper 


5.00ptg - KONVOI BERGERAK KE KL


[nota ringkas dari puan presiden (unsur-unsur peringatan dan dengki pun ada gak tu.. hahaha)]
P/S : berpakaian mood santai tepi pantai, x perlu bwk almari turun naik feri yea, selipar tu pentg ia memudahkan... harap sangat korg sandarkan bagpack saje lebih senang dan mudah pergerakkan kita JANGAN berluggage bagai bkn xleh tapi agak leceh utk turun naik feri tu... hehehe~

jgn bg aku nmpk TED... klu ada sblm spai R&R aku humbankan... take noted!!! beware...

sekian.


Nak tergelak baca.. moh kita layan gambar ahli-ahli yang join event kali ini. (admin jeles)






 

Ini dia antara muka org kuat sagat yg menjayakan untuk TT di teluk batik semalam Sagat Crew dan Sagat Rider bersama :-

1. Geng Geng Community (GGC)
2. Penjuru Community
3. BBS Addicted Community (BBS)
4. Manjung Viva Community (MVC)
5. Uncle Project
6. Waja Club (WC)
7. Waja Malaysia Club (WMC)
8. Waja Performance Club of Malaysia (WPCM)
9. Waja Perak Owner Club (WPOC)
10. Prime Perdana Club (PPC)
11. Gen2 Unite
12. Wira Owner Car Club (WOCC)
Dan di bantu juga oleh wakil2 dr club2 terlibat. .





















Jom Balikkkkkk... hehhee 

Ini dia ajk terbaik 2015/2016.. tugas dia sebagai ajk kebajikan memang nak nampak kerana dia bergerak di belakang ahli2.. 
sejak memegang jawatan tidak pernah sekali pun dia tertinggal apa yg perlu di laku kan. Kebajikan ahli mmg akan dia perhatikan. 
Malah jika bantuan di dlm kerja2 amalSagat Crew dan Sagat Rider dia lah sll penderma atau penyumbang utama. 
Tapi pemberian nya sll umpama tangan kanan memberi tp tangan kiri pun tidak tahu.. Dan beliau juga salah sorang pengedar barang2 kecantikan berjaya. 
Aku perkenalkan ajk terbaik 2015/2016 Norlinda Jamaludin. Ahli sagat ini juga seorang yg lowered kikiki. . 
 
Hehehe sbb dia ada sekali dgn aku mlm nie.. dia tgh buat muka pun aku up jgk..
mai laaa aku perkenalkan leader Sagat Crew terbaik tahun 2015/2016.. 
Kerja dia mmg AAA.. selalu memudahkan kerja aku dn td lagi sekali walau sudah tidak memegang jawtan leader dia masih sebok membantu.. 
ini dia leader terbaik 2015/2016. . Lia Keciq. 



******************************************************
Apa yang boleh dikatakan kita bangga dengan event kali ini serta kelab-kelab yang sudi menjayakan TT Santai bersama Sagat Crew. 
Terima kasih daun kelabi ubi bawang kentang semuanyalah.. love u olss..
ada rezeki In Sya Allah kita jumpa di dalam perancangan yang lain pula..
See you in 2017. wassalam..

p/s: 2017 banyak event menanti tau... tungguuuu... hehehe..